Untuk pengetahuan semua, tumor atau ketumbuhan ni ada dua jenis, satu dipanggil ketumbuhan biasa(benign), dan satu lagi, kanser(malignant). Ketumbuhan biasa selalunya tidak mendatangkan bahaya kepada pesakit, kerana ia tidak boleh merebak ke tisu-tisu atau organ yang lain. Sebab tu lah pesakit yang didiagnos dengan ketumbuhan yang tidak aktif(benign) selalunya akan pulih selepas pembedahan membuang ketumbuhan tersebut. Cyst juga merupakan sejenis ketumbuhan yang tidak berbahaya kerana ia hanyalah umpama kantung cecair badan atau rembesan yang terlalu banyak/terlebih, dan membentuk satu ruang di dalam badan. Ia juga tidak merebak ke tempat lain dan biasanya boleh dirawat dengan membuang bahagian yang terdapat cyst tersebut. Tahi lalat juga sebenarnya sejenis ketumbuhan, tetapi tidak aktif,dan jika ianya menjadi aktif(dari segi penggandaan sel), ia boleh menjadi kanser dan membahayakan si tuan punya badan.
Kanser pula,merupakan ketumbuhan yang boleh merebak, dan memusnahkan sel-sel berdekatannya.. Jika sel kanser mula mengganda di paru-paru contohnya, sel tersebut boleh merebak ke hati dan otak, sama ada melalui sistem darah, limfa atau berhijrah ke tisu-tisu organ berdekatan. Ganas kan sel kanser ni? Sehingga sekarang, tiada rawatan yang benar-benar boleh menjamin pesakit akan pulih sepenuhnya selepas menghidap kanser. Rawatan kemoterapi hanya boleh membunuh sel-sel kanser yang aktif mengganda, dan melambatkan proses kanser itu sendiri. Tetapi, terdapat juga pesakit yang pulih selepas rawatan itu, dan tiada penumbuhan semula sel-sel kanser yang baru selepas 10 tahun dan seterusnya... Kesan rawatan dan prognosis memang sangat bergantung pada kondisi dan tahap kanser itu sendiri.
Jadi, Prof.Thuaibah dah berpesan, pengetahuan tentang kanser,tumor dan imej mikroskop sel-sel ketumbuhan sangat penting sebelum membuat diagnosis, kerana berbagai-bagai bentuk sel yang menyerupai ketumbuhan kanser yang sebenarnya tidak aktif dan tidak berbahaya. Hyperplasia juga boleh disalah anggap sebagai ketumbuhan jika tidak tahu perbezaannya. Banyak lagi yang kami belajar tentang ketumbuhan ni, tapi banyak sangat term-term yang susah nak ditranslatekan di sini, dan saya cuma menerangkan tentang ketumbuhan ni dengan cara yang paling mudah difahami. Mungkin ada jugak yang saya salah tafsir, harap maaf, saya pun masih belajar...
Tentang punca-punca kanser, nanti saya akan buat sedikit research dan terangkan di sini dengan ayat yang mudah difahami..
till then....