Tuesday, November 10, 2009

I'm scared

Salam....

Pernah tak terfikir apa kita akan rasa bila kita kehilangan seseorang yang tak mungkin kembali lagi. Pasti jua kita pernah mengalami pengalaman sebegini, tapi tak begitu memberi kesan mendalam dalam diri. Saya tengah layan lagu la plak malam-malam ni, pas balik dari discussion kat kolej dan tak dapat tido. Tiba-tiba topik ni terlintas di fikiran masa dengar lagu "I'm scared" by Duffy. Sedih la plak dengar lagu ni...hmmm.....ni la lirik lagu tu...

The blank pages of my diary,
That I haven't touched since you left me,
The closed blinds in my home,
See no light or day,
Dust gathers on my stereo,
Cause I can't bare to hear the radio,
The piano sits in a shaded space,
With a picture of your face,

I'm scared to face another day,
Coz' the fear in me just won't go away,
In an instance,
You were gone,
And now I'm scared.....

Coffee stains on your favourite book,
Remind me of you so I can't take a look,
The magazines you left on the floor,
You won't need them anymore,
A towel left hanging on the wall,
No sign of wet footsteps in the hall,
There's no smell of your sweet cologne,
I'm lying here alone,

I'm scared to face another day,
Coz' the fear in me just won't go away,
In an instance,
You were gone,
And now I'm scared.....

I'm scared to face another day,
Coz' the fear in me just won't go away,
In an instance,
You were gone,
And now I'm scared.....

In an instance you were gone,
I'm scared.....

Nape die jadi takut pas orang yang dia sayang pergi meninggalkan dia...sebab die sangat sayangkan orang itu mungkin...
bagi orang Islam..kite kena redha dengan pemergian insan yang disayangi..walaupun pedih, kena terima ketentuan takdir...malahan perlu bertambah iman kerana janji Allah memang tidak pernah mungkir. Mengingati mati suatu kemestian...tapi hidup perlu diteruskan...
Al-Fatihah kepada semua arwah saudara-saudara kita yang terlebih dahulu pergi menyahut seruan Ilahi...


Thursday, November 5, 2009

Lepak di rumah..

wuuu.....nak nangis dah....

bukan nak nangis sangat pun..sekarang tengah study untuk weekly assessment esok. Lepak kat rumah di KL, sesorang..dengan segelas besar air teh O, sekotak Swan Stabilo jumbo colour pencils, beberapa kertas kosong, dan handphone di sebelah. Alatan yang penting untuk study sambil membuat nota dengan harapan dapat serap ilmu dengan cepat...bak pesan Prof. Dr. Khin, "study with visual is better.."

Sejuk jugak malam ni, sekarang kan musim ujan..huhu..tambah pulak duk tingkat 17, angin macam nak salji je..sejuk!!!

Badan pun dah lenguh, baring pun dah, duduk pun dah..so nak rehat la jap. Banyak gak benda nak baca minggu ni, tapi dah tekad nak study awal2, serap sekarang supaya time final nanti takde la nak pecah kepala nak revise semua topik lagi sekali. Dah serik masa GIT dulu, kemain banyak lagi nak kena revise...gara-gara lambat start study untuk final. Seronok jugak belajar pasal otak ni ek...sungguh unik..Subhanallah..

owh, yeah! Hari ni hari lahir abang sulung saya...yeay! dah suku abad dah die...ayah tepon masa isyak tadi..family pergi keluar celebrate besday die..wuu..jeles tak dapat ikut...takpe la...(sedar la diri nak exam esok..)

Minggu ni, hari-hari stress dalam kelas..susah betul nak concentrate dalam kelas..kadang-kadang fikiran macam melayang..sebab ngantuk..adui...tapi masih mampu siapkan mind map dalam kelas...dapat la baca sikit-sikit after class. Rasanya kena start balik la wat group discussion..kalau group SCTL tak nak, baik wat ngan housemates je..efficient sikit. Minggu ni pun asyik hujan..jadi takde peluang nak jogging..ish..macam mana nak fit untuk hari sukan ni..

Next week family datang KL..ada majlis solat hajat kat sekolah ikhwan. Mari kemas rumah ini weekend...

doakan saya dapat jawab exam esok dengan tenang...kepada kawan-kawan yang nak final tuh, selamat berjaya ye...usaha dulu baru tawakal...insyaAllah..


Tuesday, September 29, 2009

Selamat Hari Lahir

Entry kali ini khas buat ahli keluarga dan semua rakan-rakan saya yang akan menyambut hari lahir pada bulan oktober...

kenapa bulan Oktober plak saya tetiba nak wish birthday ni? Sebab saya sendiri lahir bulan Oktober..hehe..

Umar,classmate saya kat cucms ni = 3 Oktober
Oden,classmate saya jugak = 4 Oktober
Akay,bekas dormmate Budiman 6,ketua dorm merangkap geng bunkbed = 6 Oktober
Ayahanda ku tercinta = 10 Oktober
Edham, classmate ku juga = 13 Oktober
Ikhmal Hafiq, adik lelaki yang baru abes UPSR = 15 Oktober
Izzati Tukiman, classmate saya = 17 Oktober

Ada lagi tak kawan-kawan saya yang lahir bulan 10? Kalau ada tolong gtau ek..hehe..

"SELAMAT HARI LAHIR!!!!"

Monday, September 28, 2009

Pengalaman beraya di Kedah

Salam...

Khamis lepas, pada hari raya ke 5, saya telah memandu ke Kedah bersama dengan adik bongsu, Zahirah. Ayah dah start keje, mak plak ada tetamu, abang saya plak nak pegi tempat-tempat sejarah ngan pakcik. Jadi saya pun kena la pergi ke kedah sesorang...eh, dengan dik yah. Saya dapat bawak kereta mak saya, dan kami bertolak dari pukul 11.00 pagi.

Sepanjang perjalanan, ada banyak kereta di jalan. Tapi tak la jam pun, rasa jauh perjalanan sebab adik saya tido di tengah perjalanan. Kami keluar di tol Alor Star selatan, terus menuju ke kuala kedah. Rumah pertama kami pergi ialah rumah kawan lama saya, Fizayuddin. Rakan sekelas saya masa di Kolej Matrikulasi Kedah(KMK). Nasib baik adik saya ternampak simpang menuju ke Yan, kalau tak jenuh la kami sesat di simpang nak ke Pulau Langkawi. Agak lama nak mencari rumah tu, sebab ada banyak taman, last-last, mengaku kalah jugak, terpaksa la call Fiza untuk tanya sendiri taman perumahan dia duduk. Sampai-sampai je, ternampak dia dalam kereta baru dia, rupa-rupanya dia dah tunggu saya di persimpangan tol tadi. Tapi tak perasan plakFiza tak banyak berubah dari segi fizikal, masih kurus..haha..loghat kedah dia pun masih pekat. Dah keje dah dia rupanya. Mak dan adik dia yang sambut kami. Mak dia masih ingat nama saya rupanya, walaupun pernah jumpa di matrik dulu, 3 tahun lalu. Mak Fiza begitu ramah sekali layan kami. Kami makan bihun goreng, tapi dik yah dah malu plak. Senyap je dia. Kami pergi ke Pacific shopping mall jalan-jalan, kemudian solat zuhur di situ. Mak Fiza sempat bagi kami kuih raya untuk dibawa balik. Terima kasih, aunty...

Pukul 3 petang, kami pun meneruskan perjalanan ke Jitra plak, ke rumah Ahmad Syafiq, rakan tutorial saya di KMK masa semester kedua. Rumah dia betul-betul di tengah pekan Jitra tu. Rindu tul dengan Jitra. Rumah asuhan dan tadika saya pergi dulu pun dah jadi rumah biasa. Kedai saya selalu pergi sebelum ke tadika plak dah takde. Syafiq kena tunggu saya depan Pizza Hut sebab kitorang tak faham direction ke rumah dia..haha..terima kasih syafiq...sorry susahkan ko je. Kami makan mi goreng di rumah dia, dik yah pun dah penat, makan sikit je. Lama betul tak jumpa kawan-kawan saya ni. Syafiq sekarang belajar di UNIMAS, masa raya je dia balik Kedah. Kalau ada masa nanti, nak jugak kumpul balik kawan-kawan lama.

Dalam jam 6, kami bertolak ke kepala batas, untuk ke rumah Afiq Aizuddin a.k.a Aizu. Aizu merupakan presiden Pembimbing Rakan Dinamik(PRD) masa di KMK dulu. Memandangkan dah banyak kali jumpa Qairawani(Naib Presiden 1 PRD), best gak dapat jumpa Aizu. Aizu sekarang belajar di UNIKL-MICET,melaka. Pun tak berubah kawan saya yang sorang ni. Still handsome dan kurus..haha.. Que, lepas ni jangan lupa ajak Aizu sekali tau, dia dah ada kereta..hehe..

Kami bertolak balik dalam jam 6.30 petang. Jalan pun tak sesak, dik yah pun dah hilang penat. Sampai rumah dalam jam 7.45 malam. Fuh, letih jugak, tapi seronok.. First time pergi kedah sendiri, dan dapat jumpa kawan-kawan lama. Terima kasih pada semua kawan-kawan saya ynag sudi menerima kunjungan kami....belajar rajin-rajin ye...

Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Raya!

salam...

Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam seluruh dunia..semoga amalan
kita di bulan Ramadhan diterimaNya dan mendapat kerahmatan di dunia dan akhirat...



Tuesday, September 15, 2009

Adik beradik pembekal semangat...

Salam..

Hari ni rasa macam nak tulis pasal adik beradik saya plak..

Antara orang terpenting dalam hidup saya, dan paling rapat dengan saya. Saya merupakan anak kedua daripada 5 adik beradik. Saya mempunyai seorang abang, dua adik lelaki dan seorang adik perempuan. All of us are special in our own ways…

Biar saya perkenalkan adik beradik saya….


Abang saya yang sulung..Muhammad Ibtisyam. Tua 4 tahun dari saya. Dia lahir kat Ipoh, Perak. Seorang yang senyap dan agak pemalu(rasanya la..) dan ada hobi yang tersendiri. Abang saya memang tak banyak cakap dengan orang lain, tapi dia sebenarnya seorang yang kelakar dan out-going. Selalu jadi ketua kitorang kalau nak buat aktiviti, dan bole handle adik-adik dia yang nakal-nakal ni. Actually, kami tak la nakal sangat pun…hehe.. terima kasih kat abang saya sebab banyak berkorban untuk kitorang ni. Masa saya kat asrama dulu, dia la yang selalu datang ambil masa cuti sekolah, bawak mak datang melawat(sebab ayah pergi Morocco masa tuh) dan sampai sekarang memang jaga adik-adik dan parents saya. Kecik-kecik dulu kami memang kuat gaduh, saya plak memang selalu nak ikut dia pergi main dengan kawan-kawan dia. Pernah sekali, saya kena langgar dengan basikal masa main dengan kawan-kawan dia…haha..terus lari balik rumah..serik dah.. Masa kami tinggal di Jitra, Kedah, abang saya dan kawan-kawan dia ada buat rumah atas pokok, memang tinggi, tapi saya panjat jugak..peduli apa.. Abang saya memancing kat sawah pun saya ikut, kemudian lari balik sebab terjumpa ular. Di Sarawak memang best, sebab kami bole main di kem latihan askar, dan abang saya dah pandai bawak motor masa tuh. Malam-malam dia akan gilir-gilir bawak adik-adik dia ni naik motor, sampai naik sjeuk badan. Masa di terendak plak, kami rajin panjat pokok kemboja belakang rumah, nak jadi monyet la konon, tapi monyet situ serang kitorang balik. Hehe…

Harap dia kahwin cepat..haha..(tak nak langkah bendul plak nanti).

Adik bawah saya ialah Muhammad Ikhwan. Muda 4 tahun dari saya. Lahir di Hospital Taiping, sama macam saya. Sekarang belajar di MTD, tingkatan 5 dah dan bakal ambil SPM tahun ni. Adik saya ni seorang yang kreatif, rajin dan manja masa kecik-kecik dulu, sebab dia paling lama jadi anak bongsu(jarak dengan adik bawah dia 5 tahun). Bercita-cita nak jadi doktor tentera macam ayah kami, dan saya tengok dia memang berusaha bersungguh-sungguh. Saya akan sokong apa saja yang dia nak buat, jangan tak elok sudah la. Masa dia masih tadika, saya pernah belikan dia buku bacaan ringkas masa pameran buku sekolah. Saya gunakan semua duit saya beli buku untuk dia sebab nak ajar dia membaca. Yela, dah tadika, tak tau baca lagi. Jadi petang-petang saya akan ajar dia suku kata sikit-sikit. Kalau tak silap, masa tuh saya darjah 4. Perkataan pertama dia dapat eja dengan betul ialah “sa-ya”. Seronok betul lepas dia dah dapat eja, dan lepas tu memang dia rajin nak belajar sendiri. Kami panggil dia “wan” atau “abg.wan”. Wan dan saya yang masih di Kuala Lumpur sekarang. Selalu jugak balik Penang sama-sama. Kalau weekend plak, dan dia dapat balik, saya akan pergi ambil dia di asrama, dan balik rumah di KL. Sekarang dia dah pandai masak nasik goreng, bole la survive duk kat umah sesorang nanti. Semoga dia berjaya dalam SPM nanti..chaiyok!!!


Adik saya yang keempat ialah Mohd Ikhmal Hafiq. Baru je habis UPSR. Tup-tup, dah nak masuk sekolah menengah dah dia ni. Macam baru je saya dukung dia masa baby dulu, bawak jalan-jalan ke kebun kat Sarawak. Owh, ya..ikhmal ni lahir kat Sibu, Sarawak. Masa mak nak lahirkan dia, ada sedikit komplikasi, tali pusat tertinggal dalam rahim. Saya, wan dan ayah tunggu lama kat hospital tuh, siap bawak sejambak bunga lagi..lepas 5 jam, baru mak keluar dari OT, dan kami baru dapat tengok adik baru tu. Ayah cakap, “cuba tengok lubang hidung dia..” hahaa…besarnyaa… kami panggil dia Imai.. Ikhmal ni macam perangai abang saya sikit. Suka main PS2, gameboy, dan minat baca shin chan, doraemon macam saya gak..haha..Minat makan nasik ayam atau lauk yang ada ayam. Kat rumah, dia akan geng dengan dik yah, main pun sama-sama. Harap lepas ni dia rajin sikit nak belajar, dan kurangkan main game. Ikhmal ni pandai bahasa inggeris, memang selalu score la, sains pun dia hebat, sebab dalam English. Dulu pun dia tadika Montessori, jadi tak hairan la.. Kalau dia naik kereta je, hobi dia ialah tido kat seat belakang..kemudian dah sampai baru bangun..


Adik bongsu kami ialah Nur Zahirah. Lahir kat Kuching, Sarawak. Sekarang darjah 4 dah…makin besar adikku ini. Satu-satunya adik perempuan kesayangan saya. Nama kami pun nak serupa, maksud nama pun sama. Ramai cakap muka kami lebih kurang, dah tu..adik beradik, mesti la sama kan. Adik saya ni la paling manja, kuat bercakap, berceloteh, aktif dan tak reti duk diam. Haha… Masa kecik dulu dia ni memang tembam, bulat betul muka dia..sebab menyusu ibu sampai dua tahun kot. Macam-macam aktiviti dia akan buat setiap hari, balik je dari sekolah, campak beg, dah mula main dah. Dia dan Imai bela kucing ala siam, nama Fiffy, dan sekarang Fiffy dah ada 4 anak, tapi dua mati. Dorang akan bergilir-gilir bersihkan toilet kucing tu, letak makanan dan mandi. Dik yah ni pandai menari dan kuat menyanyi jugak. Lagu apa yang dia tak tau dalam radio tuh, dan dia minat cerita seram/hantu. Tapi penakut sebenarnya..malam-malam dah jadi fobia plak nak tido kalau tengok cerita hantu. Baru-baru ni mak belikan dia prepaid, habis kredit dengan mesej saya je..haha..macam-macam la budak ni.

Perkara paling best tentang siblings saya adalah kami tak mempunyai ramai kawan bila berada di rumah. Kami cuma bergaul sesama kami, main bersama, buat aktiviti bersama, dan itu yang membuatkan kami rapat. kami adik beradik tak pernah berpisah hinggalah saya mula masuk sekolah asrama. Waktu abang sulung saya masuk Akademi Laut Malaysia di Melaka pun, kami selalu pergi melawat dia, sebab dekat je ngan rumah. Tapi bila saya dapat sekolah asrama penuh di Muar, susah la nak balik selalu. Kemudian pergi matrikulasi plak, lagi la jauh, nun di Changlun..masa tu memang rindu sangat ngan adik beradik. Tahun lepas pulak, Ikhwan masuk Maktab Tentera Diraja, sekolah asrama juga. Jadi kat rumah sekarang tinggal 3 orang jela. Nasib baik adik-adik saya kecil lagi, dapat jugak teman mak dan ayah. Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi contoh yang baik buat adik-adik. Sayang kamu semua!!!


ikhwan, dik yah, ikhmal dan ayah...masa sambut birthday dik yah..

saya dan abang saya masa di Kedah dulu





Friday, September 4, 2009

Tamat dah Respiratory system..

baru abes final exam respiratory system petang tadi...sekarang duk rumah je, baru pas buka puasa.. masak spaghetti tadi..hehe..kekenyangan dah..alhamdulillah..

macam-macam perasaan buat exam tadi..mula-mula happy sebab soalan macam simple, kemudian rasa ragu-ragu plak, then bila tiba OSPE, trus nervous sebab rasa tak cukup masa nak jawab soalan..aduss.....main tulis je jawapan, tak sempat nak pikir dah..sabar je la... Kenapa la leh takut lak nak jawab tadi..rasanya sebab terlalu pikirkan masa nak abes kot...exam SPM dulu takde plak takut-takut...(mungkin sebab sebilik exam ngan school crush kot)...=P

hmm...tak lama lagi nak cuti raya..tiket bus confirm dah abes..nak drive, pas final haemato baru leh balik..ntah la..malas lagi nak pikir pasal transport...dah datang cyberjaya ni sebab nak belaja je kan..kita belaja je la...tak payah pikir benda lain..bab jodoh pun malas nak pikir lagi...(ooops!)

anyone ada tempat kosong untuk balik penang, saya tempah dulu la ye...mekasih..

ni adalah gambar kartun untuk desribe "pink puffer" dan "blue bloaters". Ia cuma clinical description untuk pesakit emphysema dan chronic bronchitis. Gambar ni banyak menolong saya masa exam..sebab duk terbayang kat pink panther dan buaya biru tu je..hehe....

Saturday, August 29, 2009

Kenapa saya sayang dia?

Hmmm...jiwang ke tajuk ni? tak la...tak jiwang pun kan...

Tiap-tiap malam masa saya study, dia akan sentiasa teman saya di sebelah..

Masa saya letih dan perlu berehat, dia akan tenangkan saya dan memujuk saya untuk tidur dan lupakan semua masalah...

Kadang-kadang saya rasa takut nak drive sesorang..jadi saya akan minta dia teman saya..dia akan ikut tanpa membantah..dia begitu setia dengan saya...

Dia sentiasa mendengar celoteh atau rungutan saya masa saya marah..tak sekali pun dia berkata bosan atau tidak menghiraukan saya...sebab dia tau, kalau ada orang yang sudi mendengar masalah saya, ia akan hilang dengan segera...

Saya memang sayangkan dia...harap jodoh kami berkekalan...

Dia ialah...



MUSHU!!!

Friday, August 28, 2009

Pendermaan organ


Mungkin tajuk ni tak begitu popular di kalangan rakyat Malaysia..tapi sedar ataupun tidak, ada lebih 132,00 rakyat Malaysia yang mendaftar atau berikrar sebagai penderma organ. Jika dulu, lebih ramai bangsa cina dan india yang mendaftar, kerana masih banyak konflik dalaman bagi orang melayu, tetapi laporan dalam akhbar NST baru-baru ini mengatakan penderma organ melayu sudah menjadi kedua terbanyak. Impressive.. Ramai sebenarnya pesakit kronik yang memerlukan organ untuk menyambung nyawa. Barisan nama yang menunggu begitu panjang, sedangkan penderma organ yang berdaftar ni Malaysia ni masih kurang pada hakikatnya.

Saya pernah dengar satu cerita daripada rakan, dia ada satu persepsi yang jika orang yang memerlukan organ ini tahu kita ni penderma organ(sebab dapat kad yang perlu dibawa ke mana-mana), kita mungkin dibunuh untuk mendapat organ tu. Hahahaa..saya gelak jela..tapi tak lama sebab muka dia macam serius je..hmm...kita kena berfikir rasional dan ikhlas la kalau nak menjadi penderma. Bagi saya, kalau dah tak nak, memang banyak la alasan dan cerita karut yang lebih menguasai diri. Tiada paksaan untuk menderma pun...tapi jangan takut-takutkan orang yang berniat untuk menderma..

Cuba bayangkan jika salah seorang daripada ahli keluarga kita yang ditimpa dugaan dan memerlukan pemindahan organ untuk terus hidup, cuba bayangkan jika harapan orang yang kita sayang untuk hidup sihat semula menjadi 99% jika pemindahan organ dapat dilakukan, tapi perlu menunggu giliran pula. Mungkin dia tidak dapat hidup begitu lama atau perlu terseksa dengan rawatan sementara menunggu penderma.

Kadar pesakit jantung semakin meningkat dan dijangka merupakan antara penyakit popular pada 2020. Dengan meningkatnya penjualan air minuman ringan dan makanan segera dalam trend pemakanan rakyat malaysia, tak mustahil juga penyakit buah pinggang turut meningkat kelak. Sekarang pun kadar pesakit yang menjalani dialisis meningkat, dan pesakit yang lebih kronik memerlukan buah pinggang baru untuk terus hidup kerana tak bole bergantung pada dialisis lagi..saya bersimpati pada mereka yang terus menerus menyimpan harapan, dan saya sangat mengkagumi semangat mereka untuk terus hidup dan tidak berputus asa..

Kenapa tetiba saya keluarkan tajuk ni? Sebab saya berniat untuk menjadi penderma, tapi tak bincang lagi dengan mak dan ayah. Walaupun dah cukup umur, tapi saya masih milik mereka.. Kalau diberi pilihan, saya nak projek Young Mercy akan datang dapat mempopularkan pendermaan organ, dengan mendidik masyarakat tentangnya, menolak dan menghakis segala tanggapan negatif dan mitos, juga memberi saluran betul untuk menderma organ(bukan black market). Menjadi doktor perubatan bukan setakat duduk di hospital menunggu pesakit datang, dan mula bertindak hanya bila pesakit membuat aduan. Tetapi doktor perlu aktif dalam usaha membantu masyarakat, sentiasa mencari jalan, dan meningkatkan ilmu untuk membantu. Ayah saya pernah pesan, kalau niat betul, kerja akan menjadi senang, sebab kita enjoy dan rasa puas dengan kerja kita. Bukan kerana terpaksa. Kenapa tidak doktor sendiri yang menjadi penderma, kerana mereka sudah tentu memahami penderitaan dan harapan tinggi pesakit mereka. Jika kita sudah tiada di dunia ini, kita masih dapat meneruskan niat untuk membantu manusia..with the gift of life...insyaAllah...

*semoga Allah menetapkan niat saya, dan memberi rahmat ke atas apa yang saya lakukan..*

Wednesday, August 26, 2009

Mak dan Ayah


Mak dan Ayah...

Dua insan yang cukup memberi makna dalam kehidupan saya...nama mereka tak penah lekang dari titipan doa memohon kerahmatan Ilahi, dan semoga mereka sentiasa sejahtera...

tiap-tiap malam saya sentiasa terfikirkan pasal mak dan ayah...apa mereka buat hari ni, penat ke keje, macam mana dorang layan kerenah adik-adik saya yang nakal dan tak kenal erti susah tuh..kadang-kadang saya terpikir plak betapa saya banyak menyusahkan mereka berdua, sepanjang kehidupan ini..dari kecik sampai ke besar..memang tak mampu lagi balas jasa mak dan ayah..

bila teringakan tentang hal ni, semangat nak belaja lagi berkobar...sesungguhnya kerana merekalah saya terus belajar, dan takkan jemu sampai mak dan ayah tersenyum gembira dengan kejayaan saya...insyaAllah...

Tapi...

kenapa kadang-kadang saya tetap leka....tetap membuang masa dengan bersembang tanpa tujuan instead of studying, telefon pun 3-4 kali je seminggu, bila balik cuti, tak begitu luangkan masa dengan mereka..

teringat masa kecik dulu, bila balik sekolah je, mesti ada cerita nak bagitau mak dan ayah..
kawan bawak buku kaler la..cikgu puji ejaan betul la...sampai makan apa kat kantin pun nak cerita jugak kat mak dan ayah..tak sempat lagi mak dan ayah nak masuk rumah, saya dah serbu dorang untuk cerita pengalaman yang begitu baru bagi saya masa tuh...excited sekali...mak dan ayah akan layan dan walaupun masih penat pulang dari kerja, tetap setia mendengar cerita saya...

sekarang...

bila balik rumah je, nak cakap pun bila ditanya je...nak makan bersama-sama pun dah jarang..banyak masa dengan laptop, handphone, tV..dah takde lagi cerita-cerita yang nak dikongsi dengan mak dan ayah...walaupun sebenarnya sangat banyak..
sebab masa remaja sekarang merupakan masa yang kritikal untuk mengenali diri sendiri, dan perlu bertanyakan orang tua yang bole membantu kita menilai segala perbuatan kita..
begitu banyak cerita dan pengalaman yang ingin dikongsi dengan mak dan ayah..nak tau reaction dorang dengan kerja-kerja yang saya buat, pencapaian, tentang kawan-kawan, dan masa depan..cuma tak terkeluar bila bersama mereka..mesti mak dan ayah dapat merasakan hubungan semakin renggang sebab dah takde cerita-cerita yang keluar dari mulut ini tiap kali bersama mereka..well, takde la renggang mana..still banyak cakap jugak..cuma tak semesra dulu..

dengan itu, saya rasa saya memerlukan suatu perubahan sekarang..saya perlu lebih menghargai mak dan ayah, lebih menghargai abang, dan adik-adik...luangkan lebih masa bersama mereka, dan kekalkan kemesraan dan keharmonian keluarga kami..

Tanggungjawab semakin bertambah, sebagai anak pertama yang menjejakkan kaki ke menara gading..insyaAllah saya akan membantu mak dan ayah, menjaga nama baik keluarga, dan takkan sesekali menjatuhkan maruah mereka..

semoga perjuangan saya dibawah rahmat Allah dan restu mak dan ayah..aminn....

*saya sangat sayangkan keluarga saya....*

Sunday, August 16, 2009

Bersedia berperang dengan H1N1

Hari ni hari ahad. Duduk rumah kat KL sesorang je. Malam nanti baru nak balik cyberjaya, memandangkan kami takde discussion. Minggu pertama semester ni memang hectic, balik rumah pun lewat..tak sempat lunch, or buat mind map. Akibatnya, merana la sikit jawab exam jumaat tuh..huhu..sorry Prof. Dr. Khin..i like you though and your methods of teaching of course.

Jumaat lepas, kami dikejutkan dengan berita salah seorang dari ahli group kami, didapati positif H1N1. Semoga dia menerima rawatan dengan baik, dan jangan lupa ambil antiviral yang doctor bagi..kami semua akan doakan kamu.. Kemudian, timbul pula spekulasi dan tanggapan bahawa kolej kami akan ditutup seminggu. Ramai yang beri komen dalam batch gmail kami. Jangan risau la, people…wait for the official words from the dean. Pensyarah kita kan physician belaka..tapi dinasihatkan semua pelajar mula pakai topeng muka untuk kelas esok dan sesiapa yang ada symptom ILI, diharap ambil MC dan self-quarantine kat rumah.

Buat masyarakat, jangan ambil ringan pandemic ini, mungkin ramai yang menyangka virus ini tidak membawa bahaya, dan boleh dirawat jika diberi rawatan awal, tapi tidak mengetahui bahawa banyak individu yang berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan ini. Bayi, kanak-kanak, ibu mengandung, obese, pesakit jantung, dan asma merupakan antara golongan yang mudah dijangkiti dan mendapat komplikasi teruk. Mungkin kita tidak sedar yang kita boleh menjadi penyebar dengan tidak membasuh tangan, menjaga kebersihan dan memakai topeng muka. Ada individu yang kelihatan sihat, tidak mengalami apa-apa simptom, tetapi masih berupaya menyebar virus ini dengan sentuhan dari tangan yang tidak dicuci betul.

Memandangkan virus influenza boleh tersebar dengan udara, amatlah penting untuk tidak meludah merata-rata, kesat hingus tanpa tuala bersih atau tisu, dan batuk tanpa menutup mulut. Virus ini bole tersebar dalam keadaan udara kering dan lembap, apatah apabila berada di jarak yang dekat dengan pesakit H1N1. Saya rasa arahan memakai topeng perlu dikuat kuasakan terutama di tempat-tempat awam seperti pusat beli belah, LRT, pengangkutan awam dan sekolah/IPT. Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas mangsa-mangsa yang meninggal dunia akibat virus influenza A H1N1. Buat rakan-rakan, jangan panic ye…kita akan jumpa Prof. Hamdan esok…yeah!

[kembali menjalani hidup yang sibuk apabila isnin menjelang…]

Tuesday, August 11, 2009

New Semester...

walaaaa............dah masuk new sem pun...group da lain,mentor da lain, kelas tetap sama...cuma makin susah..huhu..

kena handle timetable baru la nampak gayanya...need to try out new study style, but i kinda like my new groupmates...they're very cool, cooperative and sporting.. Kelas silat plak sambung pas raya, abes la lupa sumer buah kalau stop lama sangat ni...

To all my friends, please take care of yourself, jangan pergi ke public places sangat unless REALLY important or URGENT. Virus H1N1 tak kenal manusia, dan kita tak tau apa komplikasi yang akan berlaku pada badan andai kita dijangkiti, jadi, lebih baik la elakkan...Semua yang berlaku ada hikmahNya, cuma kita kena berfikir, mungkin ini peringatan Allah pada hamba yang leka..

Wednesday, July 22, 2009

Sebelum cuti berakhir..

hmm...beberapa minggu je lagi cuti dah nak abes..pas ni mesti dah busy balik macam biasa..
So, sempena hari-hari terakhir ni, ingat nak wat sumthing special...g pantai selalu ke, main ngan adik-adik selalu ke...study lebih ke...dah lama tinggal buku ni..nasib baik ada buku pharmaco lagi..bole la revise sikit-sikit...

banyak gak benda nak kena setel before masuk semester baru...umah sewa nak kena kemas, barang-barang bilik nak kena beli, sewa parking kereta lagi, tunaikan cek MARA lagi(weee!!).. kena la balik awal nampak gayanya...

takde idea nak taip apa....bye..

Friday, June 26, 2009

Aquaria KLCC

Wah! Dah lama tak pegi tengok ikan-ikan dalam aquarium besar..last time tengok, masa umur 9 tahun, pegi Aquarium kat Langkawi...apa ntah nama dia....lupa....

Lawatan ke Aquaria KLCC ni tak dirancang pun, lepas tengok wayang, tak tau nak g mana lagi, so kami pegi la tengok ikan..

memandangkan student, dan lepas akak kaunter tu belek-belek kad matrik kitorang, dapat diskaun harga tiket jadi RM20 seorang. Mahal gak la...bukan bole bawak balik pun ikan tu, ikan bakar pun tak dapat....takpe la..(the first and the last visit..hehe...)

Memula masuk, dah jumpa ikan pirana...wuu.....hensem-hensem belaka...nampak la gigi dorang yang tajam dan runcing tuh, lepas tuh jumpa kawasan ikan electric eel..duk dalam kolam kaler biru, dengan tanda: HIGH VOLTAGE! kesian ikan tu, die ingat die duk kat laut dalam, tapi hanya di dalam takungan air berlampu biru...

Kami masuk tempat tu, hanya ada suara yang explain setiap section, tapi takde tourguide.. Takpe, leh baca nota-nota yang terdapat di sisi haiwan tu. Lepas tengok ikan elektrik, kami jumpa kawasan haiwan reptilia plak. Ada la katak beracun, katak besar, katak kecil, ular besar, ular kecil, ular hijau, labah-labah besar, tarantula, cicak dan chameleon pun ada....hehe...
katak bertanduk...sungguh besar..

katak besar..besar macam anak anjing

labah-labah tarantula

Lepas jumpa reptilia tu, kali tengok ikan-ikan kecil plak..tapi banyak yang dijumpai di kawasan hutan tropika malaysia gak..tapi part yang paling best, kolam besar yang ada ikan jerung dan pari besar tuh....waa....kagum dengan ciptaan Allah yang memang indah dan hebat..tu baru ikan... tengok jerung tu sengih je time nak amek gambar die...ikan pari plak memang besar r..no wonder crocodile hunter pun leh tertewas ngan ekor die...

ikan tembam

ikan pari yang BESAR...


Ikan-ikan yang duk dalam aquarium tu sumernyer ada jadual makan dorang. Kami jumpa gak penyu yang sungguh comel duk dalam kolam, dan petugas aquarium tu tengah bagi makan ikan kat die...tapi penyu tu cuma merangkak dan melekat kat tepi tank tu, dan petugas tu suapkan ikan tu ke mulut die...comel~~~


penyu amek nafas....fuhhhh.......

Lawatan spontan kami habis time maghrib, lepas kuar, trus masuk kedai cenderamata..malas nak beli apa-apa..sebab ari tu masa family saya datang(tanpa saya), adik-adik dah beli banyak anak patung dan cenderamata....bersepah kat rumah....


Sebelum balik, ingat nak amek gambar ngan ikan nemo...tapi dorang tak kelihatan dalam gambar ni..huhu...yela, kitorang tak bawak kamera, guna phone je pun..huhu...
bye,ikan!!!......dan katak........

Thursday, June 25, 2009

Kenangan terindah di SAMURA...

Salam...

hmm...sekarang ni dah berada di Penang. Baru je balik dua hari lepas...dengan bangganyer ku mengumumkan saya berjaya drive balik penang sesorang diri! Pecaya tak? Ayah pun terkejut sebab dia ingat nak ambil saya kat Juru, tapi saya hanya telefon dia bila lagi dua simpang nak masuk kem tuh..hehe...bosan gak tau drive sesorang, nasib baik ada radio. Sepanjang perjalanan tu, cuma berenti sekali kat sungai perak, nak isi minyak.

Okey, entry kali ni nak citer pasal pengalaman masa program ASPIRASI SAMURA 2009. Program ni baru start tahun 2004, jadi saya pun sempat la merasa program ni masa jadi pelajar tingkatan 5 dulu. Tujuan program ni adalah untuk memberi semangat kepada para pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM bulan november ini dan juga membuka mata dorang terhadap dunia universiti dan peluang selepas SPM. Sekolahku memang best dan mantap sehingga sekarang. Akhirnya, dapat jua menjejakkan kaki ke muar selepas begitu banyak konflik nak pergi ke tak.

Lepas solat zohor hari jumaat tu, trus bertolak ke KL Sentral, nak amek Faidhie dan Shafiq Pingi. Bertolak awal pun, masih lagi terperangkap dalam kesesakan jalan raya, depan Pudu tu, biasa r..isk..isk...dalam jam 4.30p.m, kami dah on da way ke muar, ikut highway. Faidhie yang drive sampai ke muar, sebab kaki saya dah lenguh, jam lama sangat. Kami stop kat sebuah masjid selepas tol tangkak, untuk solat asar, dalam jam 7.00p.m. Jadi, kami sampai di SAMURA jam 7.30p.m lebih kurang. Sampai sampai je, dah penuh sick bay tu ngan fasi pompuan. So trus g mandi dan bersiap untuk malam tu nyer program, iaitu ice breaking..

Sampai je kat dewan, ramainyer student!!! Rasa malu plak...sebenarnyer time nak masuk pagar sekolah tadi pun dah cakap kat Faidhie n shafiq nak balik..segan plak tetiba. Apa la nak cakap kat bebudak ni, pengalaman pun kurang lagi, kejayaan pun belum sebesar mana. Zulwaqar, batchmates ku, merangkap jua teman sematrik kat Kolej Matrikulasi Kedah dulu yang jadi ketua fasi, tetibe die bagi microphone kat saya untuk memula memperkenalkan diri,ahh...belasah jela.. Lepas tu, memasing pun dapat group.Semua fasi kena duk luar dewan, then adik-adik form five ni kena cari fasi masing-masing. Ntah macam mana, group saya merupakan group no.5, tapi lama benor saya menunggu dorang, tak jugak jumpa-jumpa. Akhirnya, dalam 15minit, ada la sekumpulan girls yang berjaya cari saya, dan cuma ada dua lelaki masa tu.

Maka kami pun memilih untuk duduk di dewan untuk ice breaking. Ahli kumpulan saya terdiri daripada Iman, Najwa,Naqiah,Nasuha,Kino,Peach,Laila, Bella, Rocky dan Atan. Comel-comel belaka, teringat plak kat adik saya di MTD tuh. Kami berjaya habiskan modul dengan cepat, dah lepas tuh, sembang-sembang la plak...n saya bagitau adik-adik tentang program untuk esok. Dorang macam tak tau tentang program tuh, dan apa tentatifnyer, maybe cikgu tak briefing dulu kot.

Esoknyer, memang sibuk abes laa....macam-macam aktiviti kitorang buat,kenal tentang diri sendiri, perjalanan hidup, dan merancang apa yang akan dorang jadi dalam masa 15 tahun akan datang. Tapi, masing masing macam tak tau sangat apa yang dorang nak jadi nanti. Oh ya! Masa hari kedua ni, ada sorang ahli baru, nama dia Arif. He's quite an interesting guy, and he loves to cook! Memang kagum dengan minat dia, dan saya harap dia akan proceed pada bidang kulinari sebab bidang ni memang ada masa depan, bukan macam apa yang masyarakat kita lihat. Asalkan ada minat dan kebolehan, memang cerah masa depan. Tapi kena la berusaha juga. Buat adik-adik yang lain, saya memang tahu masing-masing memang dah ada plan dan cita-cita yang tersemat, cuma takut nak luahkan atau rasa perlukan pertimbangan lagi. Takpe, take your time, whichever choice you made, make sure niat untuk Allah...

Sebenarnyer,rasa segan tau nak kongsi cerita tentang jalan hidup dan liku-liku sebelum dapat buat jurusan perubatan ni dengan adik-adik. Mungkin ramai yang rasa, bidang ni memerlukan kebijaksanaan dan kewangan yang kukuh untuk terus kekal, tapi bagi saya, asalkan ada keinginan, memang boleh dapat. Ada berbagai cara dan jalan yang boleh diambil untuk ke bidang yang mencabar ni. Dan bila dah dapat, kena la maintain plak, takut tercicir dan tak dapat nak control stress. Enuff said, saya sendiri pun perlu melalui jalan yang mencabar untuk mendapat tempat dalam bidang ini. Dapat straight A dalam SPM pun tak menjamin kita akan mendapat jalan yang mudah dan senang untuk mendapat bidang yang kita minat. Yang penting, jangan putus asa kalau sekali tak dapat..

Okey, petang tu, ada riadah plak...waa!! memang BEST!! Tak penah saya main galah panjang, tetiba plak kena handle game tu untuk puteri. Adus... Saya sampai awal kat padang petang tuh, nampak Abg. Iqbal sesorang tabur tepung wat line untuk galah panjang. Beberapa minit lepas tuh, nampak student dah sampai, siap bawak banner lagi, sebab game ni interhouse..mak aih..semangat tul..


Malam tu, ada sesi pasal kerjaya lagi. Saya bergandingan dengan Abg. Hisyam yang merupakan bekas ketua pelajar dan juga senior saya, dan seorang junior saya, Hafizah. Abg.Hisyam baru grad Law dari UITM, Hafizah plak tengah wat Architecture kat INTEC. Rasa gerun duk dengan orang-orang hebat macam dorang...tapi best dengar pendapat masing-masing dan soalan adik-adik yang memang nampak bersemangat nak tau tentang bidang yang dorang minati...

Hari ketiga, hari ahad tuh, ada lagi LDK, dan kumpulan saya tambah lagi dua orang, Shafiq dan Chan. Rasa sayu gak nak tinggal kan dorang, tapi program pun dah abes,kena la balik... Lepas sesi bergambar, nak wat port mortem pun tak sempat sebab adda fasi yang kena balik awal, dan majlis penutup disempurnakan oleh Guru HEM, En. Hj. Shukor Salikin. Cikgu Azman pun datang, dan dia baru dapat baby boy...waaa....! Tahniah Cikgu Azman dan Cikgu Zubaidah!

Lepas kemas beg, trus kuar g K-Mart depan sekolah, lepak ngan Faidhie, Shafiq, dan group Faidhie kat KFC. Then kami terus bertolak balik KL...

Terima kasih banyak-banyak kepada semua fasi; Buyak,Faidhie, Shafiq Pingi(longkorn), Shafique (libau), Kak Dahlia, Hafizah, Khalidah, Wani, Sharifah, Kuchai, Hafiz(korok), Afiq(poncho), abg.Hisyam, abg.Herman,abg. Iqbal,abg.Arif, dan ramai lagi yang saya tak ingat..alamak! kalau ingat nanti saya tulis balik kat sini ye...harap maaf...apa-apa pun, korang memang best! Terima kasih jugak kat adik-adik group saya, harap korang dapat buat SPM dengan tenang dan hidup di bawah rahmat Ilahi dan keredhaan ibubapa.....aminn....

ada apa-apa hal, contact saya k?


dari kiri: chan,arif,atan,shafiq dan rockybelakang dari kiri: najwa, nasuha, iman dan bella
depan dari kiri:laila,peach, naqiah dan kino

I'll miss you all!!!!

Saturday, June 13, 2009

perubahan jadual...

okey, ada sedikit perubahan dalam jadual cuti semester ku....

first of all. I may or may not be going to Muar...coz my ex-classmate couldn't confirm yet whether he's going or not.

then..isnin, kena pegi cyber antar access card cyberia, antar borang komputer MARA,tengok wayang, dan mungkin selasa kena antar kereta g servis kat keramat...

bile la nak balik Penang kalau tak jadi pegi SAMURA....

Thursday, June 11, 2009

At last....

Fuh.....akhirnyer...abes gak exam CVS...

Sekarang ku sedang menunggu di dalam dewan untuk grand reflection. Our last grand reflection..ought to be full of emotions and memories....but for me.....errrr.........(blank)....

Petang ni ada meeting OC..kena la cancel plan nak balik KL awal.....barang pun dah siap buh dalam kereta...semangat tul....kirenyer, dah bole mengembara ngan babyku itu ke mana mana sahaja sebab barang sumer dah ada dalam kereta...bantal pun ada...hmm...sabar jela...

Malam ni nak tido kat KL! Tak kira! nak balik KL gak! esok kena datang balik la, ada briefing askar wataniah....untuk apa tak tau la....pegi je la..dah compulsory...lepas briefing tu, kena kemas rumah lagi, dan sambung keje angkut mengangkut....

Saje nak penuhkan ruang ini....gambar group foundation dan M12.....

dari kiri: saya, geetha,sofia, zuleikha, izzati,nadine, miss mun yee,eqa


belakang, dari kiri: zaiti,fatin, kamini athirah, liyana, me, farah, hidayah,diana
depan dari kiri: anusyha, kak intan,alia

Tuesday, June 9, 2009

Peringatan untuk diri sendiri...

Jumaat: kemas rumah cyberjaya, bawak balik barang ke KL, kemas rumah KL, ambil buku dari aunty, kemasa bilik, cari tilam, cari barang dapur, masak makan malam, tengok movie sesorang, gayut jap....tido~~~

Sabtu: balik cyberjaya, tunggu Kak Ida, inspection rumah, salam-salam kawan, pegi tengok tempat parking, booking awal awal, balik KL....rujuk balik perkara di atas dari masak makan malam.....

Ahad: TIDOOOO......

Ayat-ayat cinta..


Dari mana datangnya cinta ……
dari SMS turun ke hati …..

Andai cyg dapat melihat hati abg
Andai saja cyg dapat membaca fikiran abg
Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu,
Menghiasi hari-hariku
Senyum dan suaramu teduhkan jiwa abg
Cintailah abg dengan kesungguhanmu

Kalau I boleh menyusun abjad, I nak letak U dekat dengan I

Hello..U ada plaster tak?? I luka teruk sebab jatuh cinta pada U!

Hello..
Abg pencuri…
dan abg di sini nak curi hati cyg!!!

cyg ni doktor ke? Kaki abg terseliuh sebab jatuh cinta pada cyg !

Abg nak belanja cyg gula-gula HACKS…..
faham tak ertinya?
H- Hanya
A- Aku
C- Cinta
K- Kau
S -Seorang

Luahan Cinta Ibarat Kentut…..
ditahan sakit….
dilepas malu….
dah keluar..fuhhh! Lega!!!

Jika cyg hidup sehingga 100 tahun….
abg hanya ingin hidup hingga 99 tahun kerana abg tak rela hidup tanpa cyg…

Di bawah ini senarai yg abg tak suka ttg cyg…
1…..
2……
3…..
4……
Apa nak buat?? Abg suka semua!



p/s: hahahaha! i wonder who gave this to me.......~~~

Monday, June 8, 2009

perancangan cuti ini....

okay...cuti belum pun start, final pun belum habis, tapi plan dah macam-macam...hmm....
Weekend ni kena kemaskan dan kosongkan rumah E-31-B ni sebab sabtu dah ada inspection by Kak Ida. Lepas tu, berterabur la kitorang g umah masing masing membawa harapan dan sinar baru......ntah bile la lagi dapat jumpa ikan-ikan Atin....

Final khamis ni, so jumaat kira dah free la...first thing to do, angkut sumer barang-barang balik wangsa maju, then angkut sorang sorang gak bawwak naik barang ke umah bertingkat 17 tuh. Fuh...dah leh bayangkan kepenatannyer...hmmm...nasib la.....

Jumaat plak, nak watpe ek? Owh, nak g shoping sikit, sebab nak duk umah tu sesorang selama seminggu sebelum pergi ke muar. Lepak jela kat rumah abeskan gas dan minyak masak....bole gak survey harga katil dan tilam dan peralatan yang sepatutnye untuk dibawa ke rumah baru Ogos nanti.....

19-21 Jun ni nak g SAMURA untuk ASPIRASI. Ntah nape tak berapa semangat sangat nak pergi. Time nak pergi orientasi pelajar baru aritu, kemain semangat lagi.....haih...takde geng kot..Faidhie je ada....tu pun tak pasti die nak datang ke tak jadi driverku...


Haaa...ni la gambar kelas saya waktu form five...sapa terer, dapat la cari muka ku..yang sungguh tembam itu....i dont know how my weight had gone done since i left school, rindu masakan makcik DM kot...hmmmmm....tapi takde la turun sangat pun kan...nampakFaidhie tak? yang kecik-kecik kat hujung belah kiri tuh. Nampak innocent,tapi jangan underestimate die....(huhuhuu). Sebelah saya tuh, Bella...lama tak jumpa die...okay, enuff about reminiscing the good old days....nanti hope dapat jumpa most of my teachers whom i dearly missed.

Okay, lepas ASPIRASI, nak balik penang!!!!!! yeah! dapat jugak bercuti selama dua bulan..cuti yang didambakan selama ini.. Cuti ni nak kena revise gak a few blocks, takut terlupa, lagipun nal professional exam nanti....huhuu...gerun... Bermula sem baru ni jugak maknanya ku akan bersama group baru...huhu...mesti sedih..dan tak dapat nak sesuaikan diri dengan group baru ni dengan cepat sebab duduk rumah lain lain..haih...M12...i'll miss u....

Kat rumah, dah tak tau nak wat apa...mak ayah nak g bercuti kot...so maybe i'll be planning my own vacation with my dear friends from Malacca and ex-PRD. Rasanya cuti kami sama...so dapat la buat reunion yang dah 2 taun plan tak jadi jadi..hehe..

Wokey...nak take a rest jap. Pas ni ada kelas lagi....petang plak ada PBL...daaa..............

Wednesday, June 3, 2009

silat lagi....

salam...

Right now, i am more interested in silat rather than my study...arghh!!! Have i addicted to it or this is just temporary? Only time will tell....

Apa nak buat kan, kelas silat macam dah makin kerap je, sebab minggu lepas dah takde langsung kelas. Malam tadi pun balik kul 1 pagi. Nak kena praktis buah potong lagi la...macam tak yakin lagi ngan kepantasan dan seni buah tu...ermmmmm........tapi kenapa kelas silat sekarang macam dah makin kurang ek....sibuk ngan study kot.. sebenarnya, saya pun nak stop silat jap, nak fokus on study, tapi kadang kadang stress gak asyik study je...nak rilekskan otak, pegi la kelas silat....

Next week dah start cuti..yeah! tapi itu juga bermakna kelas silat kena stop jap. Yela, kebanyakkan budak silat merupakan budak kelas saya. Hope tak lupa buah pas balik dari cuti. kena la praktis sesorang dalam bilik nanti..hiyakk!!

Nway, kalau ada ahli baru after cuti nanti, mesti lagi best..meriah la kelas kami, tapi kena cari tempat yang lebih besar la plak...sebab akan ada kelas umum, potong, jatuh dan asas.....waaa.... tapi distribution die sikit je per kelas. Saya belum decide lagi nak sambung kelas kemahiran ke tak. Dulu, lepas masuk buah jatuh, taknak sambung dah, then lepas majlis potong, ingat taknak sambung plak, nak buat potong je,then say bubye pada silat. Alih alih, lepas majlis tamat, 'tersambung' plak kelas umum...ermmm..ntah la, kuat kot jodoh ngan silat...huhuu....

Ermmm...kelas Prof. Latif dah nak start...till then....

Saturday, May 30, 2009

BBQ kelas latihan Puchong-MIAT



Huh..tajuk macam takde kena mengena ngan saya mahupun kompeni yang berkaitan, tetapi kelas latihan silat cekak Malaysia jadi jemputan je untuk majlis ni. Cuma saya, Fitri, kak Syud, adik dia, dan Miss Fazilah yang pergi. Kami bertolak dari cyberjaya jam 9 malam dengan kereta Miss Fazilah. Kak syud bawak adik dia yang comel, nama dia Amy.


Malam tu memang ramai orang yang datang, terutama daripada MIAT. Baru la saya tau yang Mejar(B) Anuar merupakan pengerusi kelas latihan Puchong yang merupakan kelas untuk awam. Santapan kami, macam biasa, ayam, sate ikan, ada mashed potato, udang..macam macam lagi. Pisang pun ada...


Erm, sejak dah jadi ahli tamat ni, rasa rilex la sikit kan. Tak payah nak datang kelas dua kali seminggu, dan kelas kemahiran pun tak berapa penat(so far...) Kelakar la plak pakai uniform tu, sebab besar, maybe kena ubahsuai sikit pas ni.







My Last Block....for this year...

salam..

minggu ni dah nak masuk minggu keempat blok Cardiovascular system. Saja balik penang weekend ni, sebab nak rehatkan otak jap. Beku gak kalau asyik study je... nak jugak rehat kan..cairkan sikit otak ni..hehe..

By the way, blok ni merupakan blok terakhir untuk tahun ni, pas ni, dapat cuti dalam dua bulan. Bersyukur sangat sangat tak kena repeat any block. Kepada kawan kawan yang kena repeat, best of luck to u all! Jumpa lagi next semester, dengan kejayaan yang lebih cemerlang...Aminn...

Banyak tul plan dah rancang untuk cuti ni..after exam, kawan kawan baik saya, Liyana n Bidattul nak datang KL..wee! leh lepak ngan dorang macam dulu lagi..last time kitorang lepak sama sama, after PMR. wow! dah 6 tahun dah...ish2..can't wait to see u gals..i miss u both!

Pas tuh, kena g Muar plak. Nak join program alumni SAMURA iaitu program ASPIRASI 2009. Masa saya tingkatan 5 dulu pun, ada gak program macam ni, memang best...dan saya masih simpan lagi gambar group saya dengan abang Fasi dari ALUMNI. Kalau tak silap, die seorang engineer. Tak sangka plak saya akan jadi Fasi plak kali ni, after 4 taun tinggalkan zaman persekolahan. Harap Faidhie pun jadi la pegi, dia pun tengah cari member lagi yang nak pegi ngan kami.

Balik dari Muar, nak tengak wayang kot. Luangkan masa untuk diri sendiri dulu,then plan macam mana nak bawak balik kereta Baby ku itu ke penang. Nak drive sesorang,mesti la mak ayah tak bagi...hmm..nak pos laju jela..bole tak?

Monday, April 13, 2009

Family Day PSSCM BMI




Weee...!!!! weekend lepas(ari ahad), baru je pegi family day PSSCM BMI, sempena meraikan AJK yang membantu menjayakan Karnival Waja Diri PSSCM tahun lepas. Pelajar daripada UIA nilai dan UITM shah alam turut dijemput kerana mereka turut membantu dalam program tu. Saya? huhu...tak tau apa-apa pun pasal karnival tu. Tapi saya dijemput oleh seseorang(ehem...ehem...) untuk ke picnic tuh...pegi jela kan...

Saya sampai ke BMI jam 8.30 pagi, hmm...awal jugak..tapi dorang bertolak jam 9.00 pagi. Dengan tak makan pagi, tunggu jela bas dorang bergerak, sebab saya ikut dengan kereta..segan la nak naik sekali ngan dorang....huhu... Family Day tu dibuat di Sungai Sendat, Ulu Yam, Gombak. pedalaman betul sungai tu, tapi pemandangannya memang indah....



sampai-sampai je, memang rasa nak terjun sungai tuh! hehe..dah lama tak tengok sungai, tapi tak bawak baju mandi plak..adoi...takpe la...lain kali la...hehe..(pendam hasrat)..



AJK makanan PSSCM BMI dah siap panggang ayam, wat BBQ laa..nak tolong dorang, tapi dorang suruh saya rilex je...huhu...segannyer...dah la tetibe je datang kan, tak buat apa-apa plak tuh...ai...apa la nak buat ek..si dia plak agak busy wat keje..huhu...takpe, saya pun pegi la jalan-jalan tengok pemandangan situ.



Tengok la,saya pun teringin nak mandi, tapi dapat main air jela....hehe..jadi la kan.. Saya makan ayam ngan nasik goreng yang dorang sediakan, sedap!! Penat dan bosan main air, sebab tak jumpa ikan, so saya pun pegi la jalan-jalan ngan si dia.....amek gambar....haa..gambar-gambar ni semua dia la yang amek...teman dia pegi mandi, sembang-sembang, pastu hujan lebat...waa!! tidak!! basah la..macam mana nak balik ni??? erm, lepak dulu la....sembang lagi...bla..bla..bla..

lebih kurang pukul 3 petang, baru hujan reda, so saya pun mintak izin nak balik, then terus pecut balik wangsa maju, sebab adik lelaki saya dah tunggu depan pintu. Kesian dia, kena tunggu lama...sorry la ye, wan....hujan lebat sangat..

Apa-apa pun, terima kasih kepada warga PSSCM BMI sebab sudi layan saya dengan baik kat sana, dan terima kasih kat safuan..lain kali datang la cyber plak yek...













Tuesday, March 3, 2009

Perkhemahan PSSCM peringkat IPT 2009


Wee......
baru balik dari camping...haha! terkejut la sumer kekawan kalau dapat tau saya pegi camping...
x pernah camping pun seumur idup ni..so, ini la first time dapat peluang..
Masa mula-mula penyelia silat cekak CUCMS, miss fazilah beritahu dia nak 5 orang ahli untuk ke camping tu, rasa macam tak nak pegi..seram..dan memang tak berapa suka nak berkhemah ni.. al maklumlah....saya ni, cerewet orangnyer....tapi, pas pikir pikir balik, hmm.....join je la...macam best je..ni la masanya nak jumpa ahli silat cekak dari IPT lain...Hari perkhemahan tu, betul betul jatuh pada hari seminar perubatan tradisional dan komplementari MBBS 2009. Aduh....dah la group 12 kena handle seminar tuh, petang tu plak, terus kena rushing g kem rebutia, Gombak. Memang pening mula-mula nak uruskan masa, tambahan pulak, pagi jumaat tuh, ada exam macam biasa...lagi la pening dan cuak kan..
So, tanggal 27/2/09 merupakan hari yang paling memenatkan so far saya menjadi student IPT..huh....panjang kalau nak cerita....berkenaan dengan seminar tuh, nanti saya hantar post yang baru...

Saya, Eqa, Rafha, Afiq dan Fitri(yang menjadi pemandu sepanjang perjalanan...) sampai ke kem dalam jam 9.30p.m. memasing dah cuak sebab lambat sampai...kami sepatutnya mendaftar pada jam 5 petang, tapi minta kelonggaran sebab ada seminar tu. Sampai sampai je, dah jadi seronok sebab masuk hutan, n ada sungai..tapi, semua peserta dah berada di dalam kumpulan masing-masing.... Maka, kami yang lambat sampai ni, terpaksa la buat muka tak malu, cari kumpulan yang diberi, dan perkenalkan diri sendiri..hehe....saya dapat kumpulan 4, rafha dapat kumpulan 1, eqa dalam kumpulan 3, afiq dalam kumpulan 8 dan fitri dalam kumpulan 10. Setiap kumpulan terdiri daripada pelajar daripada pelbagai IPT seluruh Malaysia....fuh...berdebar woo..Rasa kecil diri ini di kalangan mereka...

Malam pertama kami sampai tuh, cuma ada ice breaking, cipta logo kumpulan, trademark, dan lepas tuh,ada ceramah kejap...then masuk tido...oh, ya...semua peserta dapat telur ayam tau....ni barang amanat yang perlu dijaga sepanjang perkhemahan ini, dan sesiapa yang memecahkan telur tuh, dapat la "habuan"......haa...lagi satu....ni first time saya dapat tidur dalam khemah....alamak...macam-macam pikir masa mula-mula nampak khemah tu....huhu...tu la..asyik dapat tido atas tilam je...tak pernah nak rasa kesusahan dan "keenakkan" tidur di dalam khemah....kami kongsi satu khemah dalam 5 orang...memang saya, rafha dan eqa tak nak berpisah antara satu sama lain...

Pagi sabtu tu plak,pagi-pagi buta dah kena bangun....huh..best tul mandi air sungai pagi tuh..sampai selsema....hehe..pas dah mandi, kami ada senaman ringan...kelakar la jugak..sbb fasi-fasi sumer macam 'dera' kami...n time lari-lari wat aktiviti tuh, banyak la telur yang pecah...ish...kesian dorang.. saya tak marah pun kat fasi, tapi dalam hati just tahan nak gelak....(hahahah!) sebab rasa macam budak sekolah plak main macam tuh..
Pas sarapan pagi(saya tak makan sarapan pun pagi tuh..), ada sesi ceramah lagi...petang lak, ada treasure hunt....SANGAT BEST! haha! sebab kena naik "kereta" yang hanyalah seutas tali tu breamai-ramai..(bayangkan betapa kecohnyer saya nak elak dari berlanggar dengan lelaki-lelaki dalam group saya tuh....fuhh...). Punya la lama kami cari first clue tuh...sampai dah rasa nak duduk je...then fasi banyak bagi hint untuk kami..dapat la jugak jumpa...tengok-tengok, soklan yang dorang bagi, alamak! sumernyer pasal silat! ramai dalam group saya yang dah amek ujian sijil rendah, so, dorang memang dah hafal segala maklumat pasal silat start from sejarah, sampai la nama-nama guru...huh...dorang memang terer...kagum gak la, n rasa agak bersalah, sebab tak bole tolong banyak..mekasih kat kamu semua! akhirnyer, kami berjaya jugak habiskan pencarian harta karun itu....dan habuannyer.....bahan mentah untuk masak petang tuh! yeay!

Petang tuh, saya decide untuk tak mandi awal, sebab kena masak kan....tak nak la bazirkan baju. pegi-pegi je kat kawasan kafe tuh, fasi kata, "petang ni, kamu semua kena memasak guna bahan yang kamu dapat tadi, TANPA SUARA!" aduh! macam mana tuh? senang je la...kalau saya, memang dah biasa memasak sorang-sorang....watpe nak guna suara...tapi bile memikirkan kena bekerjasama, kitorang pun dengan professionalnyer guna la bahasa isyarat je..



haa...nampak tak telur tuh? tu la benda pertama kami masak dulu...nasib baik gak jejaka-jejaka group saya terer buat bara....cepat la jugak kami start masak berbanding group lain.. group dinamik memang jelas terpancar time aktiviti memasak tuh..semua bersemangat dan saling tolong-menolong...(korang memang best!). Sambil kami memasak tuh, ada la fasi yang try nak kacau kami, supaya kami "bersuara"...tapi, dorang hanya dapat kacau sorang je member kami..tu pun die melatah sikit jek...takde sapa salahkan die...sebab die begitu komited menjaga brang-barang memasak kami..hehe..so, in the end. kami berjaya masak sambal sardin, telur dadar, n ikan goreng...dan dapat markah tertinggi untuk acara petang tuh! yeay!!! tahniah to all!

malam plak, ada ceramah lagi....then kami kena bincang pasal persembahan penutup pada esok harinya...dalam jam 1 pagi kot, group saya berkumpul kat dewan terbuka tuh, untuk bincang...
haa...time ni, suara saya dah ilang...huhu....sakit tekak ku makin menjadi-jadi, nasib baik tak demam, sebab dah telan paracetamol sebijik courtesy from Fitri...(mekasih banyak-banyak). Group saya kena wat video clip berdasarkan lagu Gadis Melayu from Jamal Abdillah...(owh, no...i got a bad feeling about dis!)...and as expected, kami perempuan-perempuan la yang kena berlakon ayu...aduss....segannyer...dah la ada adegan nikah lak tuh...halamak...takpe la, layan jela...bukan selalu wat macam ni kan...

Esok pagi, kami ada senaman lagi...macam biasa....hehe..then trus dapat peluang untuk praktis persembahan.....kami perempuan kena pakai baju kurung..(gadis melayu maa...)...n siap berkain batik di atas kepala....padahal dah pakai tudung dah..hehe..kelakar gak la...
 semua group buat persembahan dengan bersungguh-sungguh...kelakar betul dorang ni...asyik gelak jek tengok persembahan tu...paling kelakar, Fitri kena nyanyi, n Afiq jadi seorang guitarist yang begitu over sekali....! siap ngorat heroin video clip tu lak! hahaha! Kak Rafha lak, siap joget 70's lagik...ngan sorang mamat! hahah! kelakar la korang....

Lepas persembahan, setiap IPT diberi peluang untuk beri ucapan...siap kena perkenalkan diri lagi...(ramai sangat..x kenal la sumer..). Saya perasan ada dua junior saya time kat SMS Muar kat dalam kem tuh..memang betul la dorang...ish2...tapi dorang tak ingat la kakak senior yang senyap time sekolah dulu ni...best of luck to korang berdua ye! jangan lupa join n tolong ALUMNI SAMURA... Bila keputusan group diumumkan, group saya dapat jadi juara! waaa.....sungguh happy! dapat la hamper yang sungguh besar itu...alhamdulillah....rezeki..

then, sampai la majlis kemuncak, kami kena berpisah untuk pulang ke lubuk ilmu masing masing...sedih gak la....tapi kami dah tukar tukar number phone,email...untuk berhubung lagi di masa hadapan....(for some reason...only male participants who still stayed in touch with me....hmm...)..sorry guys..i'm not available..(ceh, perasan!)

The last goodbye memang sedih....tapi semangat nak balik pun berkobar-kobar...sebab homework banyak tak siap lagik! aduh....kami sempat la amek gambar kat banner, kat sungai...hehe..best...ada rezeki, leh datang lagi kem macam ni....

terima kasih kat PSSCM dan kekawan yang banyak membantu saya time kem tuh...apatah lagi saya tak berapa sihat....love u all!