
Mungkin tajuk ni tak begitu popular di kalangan rakyat Malaysia..tapi sedar ataupun tidak, ada lebih 132,00 rakyat Malaysia yang mendaftar atau berikrar sebagai penderma organ. Jika dulu, lebih ramai bangsa cina dan india yang mendaftar, kerana masih banyak konflik dalaman bagi orang melayu, tetapi laporan dalam akhbar NST baru-baru ini mengatakan penderma organ melayu sudah menjadi kedua terbanyak. Impressive.. Ramai sebenarnya pesakit kronik yang memerlukan organ untuk menyambung nyawa. Barisan nama yang menunggu begitu panjang, sedangkan penderma organ yang berdaftar ni Malaysia ni masih kurang pada hakikatnya.
Saya pernah dengar satu cerita daripada rakan, dia ada satu persepsi yang jika orang yang memerlukan organ ini tahu kita ni penderma organ(sebab dapat kad yang perlu dibawa ke mana-mana), kita mungkin dibunuh untuk mendapat organ tu. Hahahaa..saya gelak jela..tapi tak lama sebab muka dia macam serius je..hmm...kita kena berfikir rasional dan ikhlas la kalau nak menjadi penderma. Bagi saya, kalau dah tak nak, memang banyak la alasan dan cerita karut yang lebih menguasai diri. Tiada paksaan untuk menderma pun...tapi jangan takut-takutkan orang yang berniat untuk menderma..
Cuba bayangkan jika salah seorang daripada ahli keluarga kita yang ditimpa dugaan dan memerlukan pemindahan organ untuk terus hidup, cuba bayangkan jika harapan orang yang kita sayang untuk hidup sihat semula menjadi 99% jika pemindahan organ dapat dilakukan, tapi perlu menunggu giliran pula. Mungkin dia tidak dapat hidup begitu lama atau perlu terseksa dengan rawatan sementara menunggu penderma.
Kadar pesakit jantung semakin meningkat dan dijangka merupakan antara penyakit popular pada 2020. Dengan meningkatnya penjualan air minuman ringan dan makanan segera dalam trend pemakanan rakyat malaysia, tak mustahil juga penyakit buah pinggang turut meningkat kelak. Sekarang pun kadar pesakit yang menjalani dialisis meningkat, dan pesakit yang lebih kronik memerlukan buah pinggang baru untuk terus hidup kerana tak bole bergantung pada dialisis lagi..saya bersimpati pada mereka yang terus menerus menyimpan harapan, dan saya sangat mengkagumi semangat mereka untuk terus hidup dan tidak berputus asa..
Kenapa tetiba saya keluarkan tajuk ni? Sebab saya berniat untuk menjadi penderma, tapi tak bincang lagi dengan mak dan ayah. Walaupun dah cukup umur, tapi saya masih milik mereka.. Kalau diberi pilihan, saya nak projek Young Mercy akan datang dapat mempopularkan pendermaan organ, dengan mendidik masyarakat tentangnya, menolak dan menghakis segala tanggapan negatif dan mitos, juga memberi saluran betul untuk menderma organ(bukan black market). Menjadi doktor perubatan bukan setakat duduk di hospital menunggu pesakit datang, dan mula bertindak hanya bila pesakit membuat aduan. Tetapi doktor perlu aktif dalam usaha membantu masyarakat, sentiasa mencari jalan, dan meningkatkan ilmu untuk membantu. Ayah saya pernah pesan, kalau niat betul, kerja akan menjadi senang, sebab kita enjoy dan rasa puas dengan kerja kita. Bukan kerana terpaksa. Kenapa tidak doktor sendiri yang menjadi penderma, kerana mereka sudah tentu memahami penderitaan dan harapan tinggi pesakit mereka. Jika kita sudah tiada di dunia ini, kita masih dapat meneruskan niat untuk membantu manusia..with the gift of life...insyaAllah...
*semoga Allah menetapkan niat saya, dan memberi rahmat ke atas apa yang saya lakukan..*
No comments:
Post a Comment